My Muhasabah Diary.
to Share my Life Reflections

Pernyataan Keputusan PT3 2017

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2017 boleh mendapatkan pernyataan keputusan PT3 masing-masing pada satu tarikh dalam bulan Disember 2017
Untuk pengetahuan calon, pihak pengurusan sekolah akan memberitahu tarikh majlis penyerahan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017 kepada calon yang terbabit
Oleh itu, sila dapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh penyerahan keputusan pelaporan PT3 2017 daripada pihak sekolah masing-masing
TARIKH DAN SEMAKAN KEPUTUSAN PT3 TAHUN 2017 SECARA ONLINE DAN SMS
Pada tarikh rasmi keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diumumkan, semua calon yang terbabit boleh mendapatkan pernyataan keputusan di sekolah masing-masing jam 10 pagi (waktu umum), bagaimanapun terdapat sekolah yang mengadakan majlis penyerahan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017 bermula jam 10 pagi
Berikut adalah ruangan maklumat terkini berkaitan tarikh rasmi keputusan peperiksaan PT3 2017 diumumkan dan cara untuk mendapatkan keputusan masing-masing serta panduan permohonan penyemakan semula keputusan PT3
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
RESULT PT3 2017
Tarikh Pengumuman Keputusan
14 Disember 2017 (Khamis)
Masa: 8 / 9 / 10 Pagi
Tempat: Dewan Sekolah
Pakaian: Uniform Sekolah
Tarikh dan masa yang dinyatakan adalah rasmi
PelaporanSenarai Pelaporan Yang Akan Diterima Oleh Calon
A HurufPelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
B HurufPelaporan Pentaksiran Sekolah (PS)
C HurufPelaporan Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PSJSK)
D HurufPelaporan Psikometrik (PPsi)
PelaporanKeputusan Pelaporan PT3 2017
A HurufCalon SekolahB HurufCalon Persendirian
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkanCalon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar PT3
Semakan OnlineCheck SMSSemakan Keputusan PT3 2017 Secara Online Dan SMS
Perkhidmatan semakan keputusan PT3 2017 secara atas talian (online) serta melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tidak disediakan. Harap maklum
Ia berikutan tiada pengumuman secara berpusat, selepas pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Borang PermohonanPermohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 2017
Nombor 1Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan PT3 yang diperoleh boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan
Nombor 2Caj atau kadar bayaran yang dikenakan untuk permohonan penyemakan semula keputusan PT3 adalah sebanyak RM50.00 bagi satu mata pelajaran
Nombor 3Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
Nombor 4Borang boleh didapati dari sekolah, Sektor / Unit Penilaian dan Peperiksaan, JPN dan LP atau dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my
Nombor 5Tarikh tutup permohonan penyemakan semula keputusan adalah 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan PT3
Nombor 6Keputusan penyemakan semula PT3 akan dikeluarkan serta dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan calon
Panduan Semak Semula Result PT3
https://www.mysumber.com/keputusan-pt3.html
cikguhairulpelangi 9w2cbp cikguhairulpelangi 9w2cbp Author

Mesej

Abu Ad Darda lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu. Penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak." (HR Abu Daud No: 3157) Status: Sahih

Pilihan

Search This Blog

UPSR
Sept 2020


PT3(Geografi)
Julai 2020


PT3(Sejarah)
Mei 2020


PT3(Lisan Tutur)
April 2020

PT3(Lisan BM)
Ogos 2020

PT3(Lisan BI)
Ogos 2020

Ujian Bertulis PT3
Okt 2020


SPM
Dis 2020